Live today like there is no tomorrow

Friday, February 15, 2013

Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.

Bismillah..

Lelaki soleh adalah yg baik akhlaknya, budinya, sopan santun bicaranya, baik hatinya.. bagi ana ia tidak terletak pada pakaiannya kerna pakaian hanya mencerminkan luaran seseorang itu tetapi bukan mencerminkan hati dan niatnya. Jujur, iman dan taqwa seseorang itu sukar di lihat jika belum betul mengenalinya.  
Memang tidak dinafikan hidup di akhir zaman ini penuh dengan kepura-puraan. Kadang diri merasa sukar menemui insan yg benar mempunyai hati yg suci dan ikhlas akan semua yg dia lakukan. 
Wahhh!! dah serupa poem kan kan?? hihik..  ^_^   btw, di sini ana ingin menegaskan bahawa seseorang 
1. lelaki yg berjubah, berkopiah tidak semestinya a'lim,
2. lelaki yg selekeh tidak semestinya miskin,
3. lelaki yg pakai branded3 tak semestinya kaya, 
4. lelaki yg muka tak hensem tak semestinya jahat (boleh ke camni??)
5. lelaki yg muka tak hensem tak semestinya hatinya pun tak hensem,
6. lelaki yg muka garang tak semestinya garang (dah memang cam tu kena la syukur kan)
7. lelaki yg yg yg yg yg yggggg.........   

ok cukup lah listed.. kang jenuh nak baca pulak kan..terbebel sudah.. Apa pun jika anti sudah bertemu dgn lelaki soleh pilihan hati.. tak salah jika anti yg memulakan.. TETAPI!!!! anti perlu berbalik kepada NIAT anti.. kenapa mahu bernikah dgn lelaki soleh?? adakah anti betul ikhlas utk perubahan diri demi ALLAH s.w.t? semua ini anda lakukan demi agama ALLAH s.w.t?

Meh kita renung-renung sejenak artikel ini;

Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang 
aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada 
hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah 
salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Sekali lagi ana TEGASKAN!!! INGATlah wahai kaum hawa...

Tidak Perlu Melampau
Beginilah cara yang baik untuk memikat si dia mengikut sunnah. Tidak perlu ajak si dia 
keluar. Tidak perlu berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan 
mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana Allah.
Perbuatan kita yang terlalu kuat berusaha memikat hatinya hanya akan mendorong kita 
melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kita mungkin akan berubah menjadi baik 
seketika untuk dirinya, namun selepas memiliki dirinya kita akan kembali kepada perangai asal. Pernahkah anda dengar ramai pasangan yang mengadu menghadapi masalah dalam 
perkahwinan kerana masing-masing mula mengubah sikap. Sebelum kahwin bukan main 
baik dan mesra, tetapi selepas kahwin perkara kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan.
Usaha kita yang melampau untuk memikat hatinya juga akan menyebabkan dirinya 
menerima kita atas dasar kasihan, bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan 
seperti ini memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling baik adalah cinta dan kasih sayang kerana Allah.
Jika mahu memikat hatinya, jadilah seorang insan yang mengasihi Allah dan menjalankan 
tanggungjawab sebagai manusia dengan sempurna. Jika perkara ini belum cukup untuk 
memikat hati si dia, ketahuilah bahawa dia bukanlah orang yang sesuai untuk kita. Tiada 
cara memikat yang lebih baik dari cara yang diajarkan dalam Islam.

PelitaBulOh dicop org  xoxo!!! =P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...