Live today like there is no tomorrow

Monday, November 29, 2010

Jika Isteri menanggis dihadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .


 
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
 
 


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa
"Betapa BERHARGAnya dia".

Sunday, November 28, 2010

Secebis Ingatan buat ADAM

Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
AdamMaha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawatelah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu. 
Waspadalah Adam
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimuAdam
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…
Ikhlas dari HawaAbad ini…

-iluvislam-

WANITA Meminang,Berkapel & Pertunangan menurut ISLAM

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini

Sekian, Wallahu'alam.



Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tuesday, November 23, 2010

Hari pertamanya di Dunia

".........bin Mohd.J" adalah ank buah ana yg ke-2 = cucu emak yg ke-2 selamat dilahirkan di muka bumi Allah ni..ternyata my instinct betol, its baby bOy!!!! owhh i like..sangat comel..putihnya dia sampaikan abg ana(bapak dia) ckp cam anak cina jaa..emm yela mak dia kan putih ari3 telan sOya pulak.. ade owg petua minum sOya masa pregnant utk baby putih..tp dlu kak ana minum kuar3 anak dia gelap gak cam dia..hihihikkhikk..pape pun kita syukur if baby tu selamat dilahirkan. okai?? gOoD!
      Tau x masa tunggu di luar bilik bedah tetiba je hati sayu sangat hampir menitiskan air mata ana yg mahal ni ..terfikir masa depan dan hari3 yg akan baby bOy tu tempuhi..For info,my bro dah divorce ngn kak ipar ana. Actually abg ana segan nak p hospital,tp disebabkan dia mmg patuh ckp mak. Dia pergi la gak, yela ..ayah lah yg kena azankan anaknya yg baru lahir. If x, nak harapkan tok wan..tok wan (abah) kerja dan tok wan lg 1 lak sakit xdapat pergi hospital. Jadi korang yg bakal bapak3 ibu3 fikir la ye atas setiap tindakan anda! Bila imbas kembali,mmg ana agak kelakar melihat riak wajah dan perilaku abg ana di hospital (1st time dapat anak..cuak jeww..kahkahkah sampai nk dukung baby sendiri pun takot coz kecik sgt..2++kilo aje..ehehe ana pun takot..)..
      Apa3 pun..even dah divorce, anak kita tetap anak kita dan darah daging kita sampai bila3. Nobody can stop it!Ingat lagi kata ustazah "kita xboleh bencikan mana3 baby pun even dia anak non-muslim coz baby yg dilahirkan adalah Islam tetapi ibubapa lah yg mencoraknya kerna anak3 akan ikut agama yg dipegang oleh keluarganya". Get it guys??
     Byk jika nak di luahkan ape perasaan ana..ape yg ana fikir..cikitnye,,,aku takOt nanti husband aku camne (xpe..wa stil SiNgLe stil ada TimE to choose..wakakaa tp umo dah makin tua ni aiyayayaa finin3.Ya Allah,kurniakan lah aku insan yg soleh yg menyayangiMu..Ameen) but ana hapPpYy! baby n mom dia selamat..alhamdulillah.. All i jz hope n pray that my bro akan bersama kembali dengan kak ipar ..Hopefully 1 day abg ana terbuka Otak UdAnG nya dan memikirkan tentang satu3nya anak dia ni..Well guys, sama3 doakan yea?  Thanks a LOT!! Luv U guys..MuuaaaxXxoxo  (*___*)v
    
pssst..>>d only picha after bOy dilahirkan~ taken by his dad illegally..coz dia kne kurung 3ari nobody can meet him<<

Why da B'cOz am chOosing da term TERUTERUBOZZU???

Saat ini terasa amatlah mengantok tp aku masih lagi bersemangat mengodek blog ni..huhuuhu..myb cz byk yg dah aku dpt belajar sendiri dengan hasil google up dari petang td..Laungan semangat>>> Gambattee gambattee!!! hikhikhik..ok let us check it out~

TERUTERUBOZU is :-   
  • japanese word which mean make the sun shine ..little buddy of mine
  • a little traditional hand-made doll made of white paper or cloth that Japanese farmers began hanging outside of their window by a string
  • kononnya dipercayai oleh masyarakat jepun teruterubozu ni ada magical powers to stop or prevent a rainy day. So mereka akan buat laa patung teruterubozu ni dan gantungkan di tingkap..
Sebabnyaa..ceq suka japan+korean..patung teruterubozu ni cute kan..if hari ini hujan lebat jadi kita akan harapkan esok hari cerah..contohnya:hari ini hujan nelayan tak dapat turun ke laut jd nelayan akan harapkan hari cerah agar dia dapat turun menjala ikan d laut untuk mencari rezeki untuk keluarga untuk makan untuk un un untaa..hohOhOo bape kali untuk daa..lg satu,if kita sedey nangis(rainy) mesti kita harap kita stop sedey3 n be happy (sun shine...jz like da song"u are my sun shine..my only sun shine..u makes me happy..when sky r blue..u never know that how much i luv u..so plz dont take my sun shine away..lalalalala) OOppPPaa~ terberangan termenyanyi la pulak ceq..he he hee..get what am trying to tell u?????HOpeFuLLy~~ 
v(^__^)v



JiKa Aku Jatuh Hati

" Aku Hanyalah Insan Biasa..

Monday, November 22, 2010

kOniChiwaa~ \(^__^)/



Assalammualaikum wbt..

Haiiii..saya nisa..dan ini adik saya nisha..(uhuhu cam upin ipin la pulak..)..actually ni tah laa blog yg ke berapa aku buat. yela bila buat jee xberjaya then lama3 lupa ape password die..ha ha haaa..hopefully diz time will success laa ye..go go chayok nisa!! gambattee gambatteee..huu reyy hOOoreeyy! hihikhikk..ni laa words yg aku suke sgt..bg burn semangat tu ckit.. well well... ni muqaddimah je ye.. later i story mory more mo yeaa.. thanx for visiting~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...